Monday, January 28, 2019

SURAH 111


ASBABUN NUZUL

Siapa yang tidak kenal dengan Abu Lahab? Setiap muslim, tentu akrab dengan nama ini. Dia terkenal bukan kenana kebaikannya, melainkan kerana kebenciannya yang sangat mendalam kepada junjungan kita Rasulullah SAW dan ajaran yang dibawanya, Islam. Al Lahab nama sebenarnya adalah Abdul Uzza ibn Abdul Muthalib. Uzza adalah nama sebuah berhala yang disembah pada zaman Jahiliyah. Kerana wajahnya teramat putih, maka ia dikenali dengan panggilan Abu Lahab. Abu Lahab adalah saudara seayah dengan Rasulullah SAW iaitu Abdullah jadi dia adalah Pakcik kepada Rasulullah. Susuk tubuhnya tinggi dan tegap yang berhati keras, kasar, tegas, bengis, peminum arak dan kemarahannya dengan suara yang nyaring.
Salasilah Keturunan Nabi Muhammad SAW
Ketika diberitahu budaknya bernama Tsuwaibah bahawa kakak iparnya Aminah (ibunda Nabi Muhammad Rasulullah) melahirkan, dia berkata kepada Tsuwaibah : "Wahai Tsuwaibah, engkau pergilah dan mulai sekarang engkau merdeka". Ini mungkin kehendak Allah Ta'ala kerana setelah merdeka, Tsuwaibah termasuk salah seorang yang menyusui Muhammad.

Abu Lahab termasuk orang yang sangat menghormati dan memuja berhala sekitar Ka'abah. Disisi lain sebetulnya Abu Lahab sangat suka keperibadian Muhammad kerana ianya seorang yang jujur, amanah dan sangat bijaksana juga isterinya Khadijah adalah wanita yang baik.

Untuk itulah maka ia menjodohkan putera-puteranya iaitu Utbah dan Mu'tb dengan puteri-puteri Muhammad iaitu Rukayyah dan Ummu Kultsum. Begitulah Allah berkehendak untuk mempereratkan kekerabatan diantara keduanya.

Namun ketika Allah mengangkat Muhammad sebagai utusannya yang menyeru manusia untuk menyembah kepada Nya dan berhenti menyembah berhala, inilah yang menjadi titik awal terjadinya permusuhan antara Muhammad dengan Abu Lahab dan isterinya Ummu Jamil.

Rasulullah dengan dukungan Shafiyah binti Abdul Muthalib iaitu makciknya, mulai berdakwah dengan mengumpulkan saudara-saudara dan kerabatnya untuk mendengarkan seruannya. ketika pada akhir dakwah beliau bertanya kepada saudara-saudara dan kerabatnya : "Siapa diantara saudara-saudaraku yang mendukungku dan menyebarkan dakwah ini..?"

Pakcik Rasulullah, Abu Tholib yang sangat menyayangi Rasulullah angkat suara : "Laksanakan apa yang Allah perintahkan kepada mu Muhammad.. Aku akan selalu mendukung dan menjagamu, namun ak tidak bisa meninggalkan agama Abdul Muthalib". Supupunya Ali ibn Abu Tholib juga mendukungnya : "Aku akan selalu membantumu.....Aku akan memerangi siapa saja yang memerangi mu..."

Pada saat Rasulullah mulai berdakwah secara terbuka dan berseru diatas bukit Shafa banyak penduduk Mekkah yang percaya, mendukung dan mengikuti ajaran Muhammad kerana mereka tahu keperibadian kejujuran dan kebijaksanaan Muhammad. Namun ada pula yang menolaknya, apalagi setelah mendengar teriakan Abu Lahab : "Celakalah engkau wahai Muhammad..!!, untuk inikah engkau mengumpulkan kami.."

Hal ini diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa suatu hari Nabi  Muhammad SAW keluar menuju Bathha, kemudian beliau naik ke bukit seraya berseru, "Wahai sekelian manusia." maka orang-orang Quraisy pun berkumpul. kemudian beliau bertanya, "Bagaimana sekiranya aku mengabarkan kepada kalian, bahawa ada musuh (dibalik bukit ini) akan segera menyergap kalian, apakah kalian akan membenarkan ku?" Mereka menjawab "Ya". Beliau bersabda lagi, "sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan bagi kalian. Sesungguhnya di hadapanku akan ada azab yang pedih." Akhirnya Abu Lahab pun berkata, "Apakah hanya kerana itu kamu mengumpulkan kami? Sungguh kecelakaanlah bagi kamu." Maka Allah menurunkan ayat dari surah ini.
(HR Bukhari No 4972 dan Muslim No 208)

Sejak hari itu, bibit permusuhan antara akum Quraisy dan Rasulullah mulai bertiup kencang.Terutama permusuhan Rasulullah dengan Abu Lahab dan isterinya Ummu Jamil mulai menyala. Perjodohan anak-anaknya diputuskan, namu anak-anak Abu Lahab kelak masuk Islam.

Pada saat perang Badar, Abu Lahab disebabkan badannya sudah tidak kuat lagi, tidak ikut berperang, namu bersama para pemimpin Quraisy yang tidak ikut berperang, menyokong perbekalan dan kuda-kuda yang baik untuk memerangi Rasulullah dan pengikutnya. Untuk ini Allah menurunkan ayat :

"Sesungguhnya orang-orang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan ikalahkan. Dan kedalam Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan."
QS 8 - Al-'Anfaal : 36

Melihat kekalahan kaumnya dan banyak kaum Quraisy yang terluka serta terbunuh Abu Lahab semakin geram dan sangat sedih. Kesedihannya yang mendalam ini menimbulkan bisul yang memenuhi seluruh tubuhnya. Orang-orang tidak berani mendekatinya kerana takut berjangkit. Bahkan kedua anaknya pun meninggalkannya dan mengikut kaum Muslim. Dan ia akhirnya meninggal dengan keadaan sakit yang mengerikan. 

Begitu pula saat Abu Lahab meninggal, tidak ada seorangpun yang mahu menguruskannya kerana takut merebaknya penyakit itu. Diriwayatkan bahawa orang-orang kafir, bahkan teman-teman dan keluarganya enggan menguruskan jenazahnya kerana keadaan sakitnya yang menjijikkan dan timbul bau busuk dari penyakitnya. Selama 3 hari mayatnya dibiarkan membusuk dan mereka seret ke pemakaman, membiarkannya tanpa dimasukkan ke liang lahat serta dilemparinya dengan batu dan pasir sehingga mayatnya tertimbun.

KISAH ISTERI ABU LAHAB

Isteri Abu Lahab iaitu Ummu Jamil yang ertinya wanita yang cantik. Tapi jolokan ini tidak sesuai dengan perilakunya. Perangainya sama dengan suaminya dalam hal memusuhi nabi. ia lebih tepat dinamai wanita yang buruk kerana perilakunya yang sangat buruk.

Seringkali pada malam hari ia memanggul kayu berduri untuk diletakkan di jalan-jalan yang biasa dilalui Nabi. Sehingga bila nabi lewat pada malam hari atau subuh, nabi akan terpijak kayu yang berduri itu sehingga Nabi terluka. Ummu Jamil senang kalau Nabi terluka kerana terpijak kayu berduri itu.

Ummu Jamil juga suka mengadu domba dan memfitnah supaya orang-orang Makkah membenci nabi. kerana hal ini, ia dijoloki sebagai pembawa kayu bakar. kerana ia suka "membakar" emosi, mengadu domba dan menimbulkan kebencian orang-orang Makkah pada Islam.

Saat membawa kayu, ia mengikatnya dan melilitkan sebahagian tanya pada lehernya. Inilah kebiasaan yang dilakukannya saat membawa kahu berduri untuk mencelakai Nabi. Perilaku buruk inilah yang akhirnya membawanya menemui ajalnya. Ummu Jamil meninggal kerana tercekik tali yang digunakannya untuk membawa kayu. Kelak di akhirat, ia akan disiksa juga dengan tali. Dinyatakan oleh Allah bahawa di neraka, leher Ummu Jamil diikat dengan tali dari api neraka Jahannam.

KEBENARAN AL-QURAN

Yang menarik adalah surah Al-Lahab ini turun disaat Abu Lahab dan isterinya masih hidup. ketika itu tentu saja ayat ini sering dibaca berulang-ulang dan dihafal oleh kaum mukmin sementara Abu Lahab ditengah-tengah mereka dan bisa mendengar ayat ini dibacakan. Ketika surah Al-Lahab ini turun, seluruh kaum mukmin saat itu sudah benar-benar meyakini Al-Quran sebagai Kebenaran Yang Pasti dan ketika itu Al-Quran mengabarkan bahawa Abu Lahab dan isterinya kelak pasti akan masuk neraka kerana sentiasa memerangi dan merendahkan Rasulullah SAW dan ajaran Islam.

Seandainya saja Abu Lahab dan isterinya berpura-pura memeluk Islam dan menerima ajaran Rasulullah SAW, maka akan timbul keraguan tentang kebenaran firman Allah pada surah Al-Lahab dikalangan muslim. Sebab jika Abu Lahab dan isterinya berpura-pura masuk Islam, tentu surah Al-Lahab yang turun menjadikan Al-Quran tidak benar. pastilah Islam dan ajarannya sudah mati sejak saat itu juga. Tetapi Masya Allah, semua itu tidak terjadi. Abu Lahab dan isterinya tetap dalam kekafiran yang nyata hingga akhir hayatnya. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa Al-Quran benar-benar sebuah kitab dari Allah yang berisi kebenaran. Dan ini juga membukatikan bahawa ketika Allah berkehendak atas sesuatu, maka tidak ada satu makluk pun yang bisa menghalangi rencana Allah.



AYAT 1

Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!

AYAT 2

Hartanya dan segala yang diusahakannya,tidak dapat menolongnya.

AYAT 3

Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

AYAT 4

Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.

TAFSIRAN AYAT

Ahli tafsir iaitu Mujahid menafsirkan bahawa ungkapan 'Sang Pembawa Kayu Bakar' merupakan kiasan yang bermakna orang yang suka mengadu domba. Dahulu, Ummu Jamil, isteri Abu Lahab suka menebarkan fitnah demi mengadu domba antara nabi dan para sahabatnya dengan kaum musyrikin. Kerana perbuatannya itulah yang menyebabkan di di joloki sebagai sang pembawa kayu bakar.


AYAT 5

Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.